Isnin, 15 Oktober 2012

Tidak Sempat Temui Saudara Setelah Terbabit Kemalangan

Ahli keluarga mangsa menanti untuk mengambil mayat Raba

KUCHING: Hasrat seorang lelaki dari Sungai Tenggang, Sri Aman untuk bertemu saudaranya tidak kesampaian setelah terbabit dalam kemalangan berhampiran bulatan di Kota Samarahan semalam.

Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenal pasti sebagai Raba Lia, 26, dan dikatakan terlanggar pembahagi jalan sekitar jam 10 pagi, sebelum terpelanting ke dalam parit.

Seorang pekebun yang berada tidak jauh dari lokasi kemalangan kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.

Namun mangsa dikatakan mengalami kecederaan parah dan seolah-olah tidak bernyawa lagi. Beliau kemudian menghubungi polis untuk meminta bantuan.

Menurut abang ipar mangsa, mangsa yang tinggal di Desa Wira sepatutnya berjumpa dengan saudaraya yang kebetulan berada di bandar raya ini.

Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan