Sabtu, 13 Oktober 2012

Wanita Bergaduh Berebut Pelanggan

Gambar Hiasan

KUCHING: Dua pekerja wanita di sebuah pusat refleksologi bergaduh gara-gara berebut pelanggan di sini, pagi semalam.

Dua wanita terbabit, masing-masing berusia 30-an berasal dari Filipina dan China, pada mulanya didatangi seorang lelaki yang ingin mendapatkan khidmat mereka sekitar jam 11 pagi semalam.

Bagaimanapun, lelaki terbabit selepas berbincang dengan mereka akhirnya bersetuju untuk memilih wanita warga Filipina, sekali gus menyebabkan wanita warga China itu tidak berpuas hati.

Akibatnya, wanita warga China terbabit bertindak menyerang mangsa (wanita Filipina)dengan memukul bahagian belakang mangsa menggunakan objek keras.

Mangsa kemudian terus beredar dari pusat refleksologi terbabit dan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Siasatan polis berhubung kejadian masih dijalankan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan