Sabtu, 13 Oktober 2012

Pecah Rumah - Wang Simpanan Hilang


Gambar Hiasan

KUCHING:  seorang wanita membuat laporan polis selepas mendapati wang simpanannya hilang dalam satu kejadian pecah rumah lewat malam kelmarin.

Mangsa, 23, semasa kejadian dikatakan tidak berada di rumah dan hanya menyedari kejadian itu selepas pulang ke rumahnya sekitar jam 10 malam kelmarin.

Menurut sumber, mangsa mula mengesyaki sesuatu perkara buruk berlaku selepas mendapati pintu bilik tidurnya dibuka secara paksa dan hasil pemeriksaan mendapati wang simpanannya sebanyak RM500 telah hilang.

Mangsa kemudian bergegas membuat laporan polis berhubung kejadian dan menurutnya, ketika dalam perjalanan pulang sebelum menyedari kejadian tersebut dia telah bertembung dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Menurutnya, lelaki terbabit dilihat keluar dari pekarangan rumahnya, namun selepas ditanya, lelaki yang hanya berseluar pendek dan tidak berbaju serta tangannya berbalut kain, memberitahu dia tersilap rumah sebelum beredar.

Pada masa itu, mangsa tidak mengesyaki apa-apa sehingga melihat pintu biliknya telah dirosakkan dan mendapati wang berjumlah RM500 yang disimpan di dalam sebuah beg kecil miliknya telah hilang.

Laporan berhubung kejadian telah dibuat dan siasatan polis masih dijalankan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan