Rabu, 17 Oktober 2012

Wanita Ditahan Bersama 50.04 Gram Syabu


SANDAKAN - Seorang wanita berusia lingkungan 20-an ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 50.04 gram dalam satu serbuan di Kampung Bahagia dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt. Fadzil Mohd Ali berkata, siasatan terhadap rakyat tempatan itu dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Katanya serbuan itu dilakukan kira-kira 7 malam hasil pemerhatian dan risikan sepasukan anggota polis cawangan Narkotik Sandakan.

Sebelum ditahan dalam serbuan itu, suspek cuba melarikan diri dan membuang dadah yang dimilikinya selepas menyedari kehadiran polis, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya anggaran nilai syabu yang dirampas itu adalah RM16,000 dan perempuan itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut. - BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan