Selasa, 16 Oktober 2012

Lelaki Cedera Parah Dipukul

Gambar Hiasan

KUCHING: Seorang lelaki berusia 20 tahun mengalami kecederaan parah di kepala setelah dipukul menggunakan objek keras, di sebuah tempat letak kereta di Batu Tiga.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 2.30 pagi, ketika lelaki berkenaan hendak masuk ke dalam keretanya. Bagaiamanpun, dua lelaki bermotosikal tiba-tiba muncul dan mula memukul mangsa. 

Mereka kemudiannya melarikan telefon bimbit dan dompet mangsa. Mangsa seterusnya dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan.

Sementara itu, seorang lelaki dipukul teman lelaki kepada kawannya, dipercayai akibat cemburu. Kejadian itu berlaku di Taman BDC sekitar jam 9 malam kelmarin.

Difahamkan, suspek tidak puas hati memandangkan mangsa rapat dengan teman wanitanya. Mangsa dihantar ke HUS menggunakan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menerima rawatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan