Selasa, 16 Oktober 2012

Tiga Pelajar Cemas Kereta Terbabas Ke Bawah Bukit

Gambar Hiasan

KUCHING: Tiga pelajar mengalami detik mencemaskan selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bawah bukit di Jalan Puncak Borneo, malam Ahad lepas, namun tidak mengalami kecederaan serius.

Kemalangan itu dipercayai berlaku setelah pemandu gagal mengawal kenderaan dan terjatuh 50 meter ke bawah bukit. Dua penumpang mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan tiga wanita dalam lingkungan awal 20-an itu yang berasal dari Kampung Giam, dalam perjalanan ke asrama sebuah kolej di bandar raya ini. Penduduk berhampiran seterusnya memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga mangsa.

Mangsa dikejarka ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh ahli keluarga mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan