Sabtu, 11 Mei 2013

Alex Dipercayai Lari Dengan Teman Wanita


SIBU: Alex Ting Ming Leong, 17, yang dilaporkan hilang Jumaat lalu dipercayai melarikan diri bersama teman wanitanya, 15, yang dipercayai sedang mengandung. Ibu bapa Alex percaya, anak sulung mereka itu melarikan diri bersama remaja perempuan terbabit.

Yang peliknya, ibu Alex ada menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memberitahunya bahawa anak mereka telah diculik dan meminta wang daripadanya.

Bagaimanapun, mereka enggan memberikan satu sen pun kepada pemanggil tersebut dan meminta polis untuk menyiasat kes tersebut.

Laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua keluarga Alex dan teman wanitanya Isnin lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan