Jumaat, 17 Mei 2013

Terminum Racun Akibat Terlalu Haus

Rakan-rakan mengangkat mangsa yang pengsan selepas tersalah minum racun

KUCHING: Gara-gara terlalu dahaga, seorang lelaki warga Indonesia terminum racun rumput di sebuah ladang kelapa sawit, pagi semalam.

Mangsa, 45, semasa kejadian dikatakan bekerja di ladang tersebut yang terletak di Rambungan, dekat sini dan berehat seketika sekitar jam 9 pagi berikutan cuaca panas.

Menurut sumber, ekoran terlalu dahaga, mangsa dikatakan mengambil sebuah botol yang mengandungi racun rumput dan terus meminumnya tanpa memeriksa isi kandungannya.

Menyedari bahawa air yang diminumnya adalah racun rumput, mangsa cuba memuntahkan air tersebut semula namun tidak berjaya sebelum pengsan di tempat kejadian.

Melihat keadaan mangsa, rakan-rakannya bergegas membawa mangsa kepada majikan mereka sebelum mengejarkannya ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Berikutan jarak di antara ladang tersebut dengan HUS agak jauh, mangsa tiba di hospital sekitar kira-kira dua jam kemudian menggunakan sebuah pikap.

Sehingga berita ini ditulis semalam, keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan dan masih menerima rawatan di HUS.


Semua Ada Disini!! Jom Klik!!










Tiada ulasan:

Catat Ulasan