Khamis, 9 Mei 2013

Dirogol Bapa Saudara


KUCHING: Seorang remaja perempuan yang telah kehi­langan kedua ibu bapanya kini terpaksa menanggung sengsara dipercayai akibat nafsu buas bapa saudaranya sendiri.

Mangsa, 16, difahamkan kini mengandung empat bu­lan dipercayai akibat dirogol oleh bapa saudaranya yang dipertanggungjawabkan un­tuk menjaga mangsa selepas kematian bapanya dan ibunya hilang melarikan diri.

Bagaimanapun, peluang tersebut dipercayai digu­nakan oleh bapa saudara mangsa yang berusia 42 tahun untuk meragut kehormatan mangsa.

Menyedari keselamatan mangsa tidak lagi terjamin di bawah jagaan bapa sau­daranya itu, mangsa telah dihantar ke pusat kebajikan pada bulan lepas oleh be­berapa jiran mereka.

Kelmarin, mangsa men­gadu mengalami sakit pe­rut menyebabkan beberapa pekerja di pusat kebajikan tersebut menghantarnya membuat pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak dan telah disahkan mengandung 16 minggu.

Selepas disiasat, mangsa mengaku bahawa dia telah dirogol oleh bapa saudaranya di sebuah kampung di Petra Jaya iaitu di rumah bapa sau­daranya itu.

Satu laporan polis ber­hubung perkara tersebut telah dibuat oleh mangsa membolehkan pihak polis terus menahan suspek untuk siasatan lanjut.

Mangsa kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat sepenuhnya. - Utusan Borneo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan