Isnin, 13 Mei 2013

Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Memukat Ikan


LAWAS: Seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh ke sungai ketika sedang memukat ikan di Kampung Seberang Kedai, Trusan, Lawas di sini petang kelmarin.

Mangsa dikatakan sedang memukat ikan bersama seorang lagi rakannya sebelum terjatuh ke sungai dan dihanyutkan arus deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBPM) Lawas, Zaki Husin berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan jam 3.06 petang kelmarin diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan Masli Dollah bersama empat anggotanya.

“Setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan operasi menyelamat terpaksa dihentikan pada jam 6 petang kerana hari semakin gelap,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Zaki berkata, operasi tersebut diteruskan bermula jam 9 pagi semalam melibatkan tiga anggota. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan