Isnin, 13 Mei 2013

Suri Miliki Jenama Fesyen


Suri menunjukkan minat yang kuat terhadap fesyen

SURI CRUISE telah mengeluarkan jenama fesyennya sendiri di usia tujuh tahun. Anak kepada pelakon popular Tom Cruise dan Katie Holmes itu, baru sahaja menandatangani kontrak untuk jenama fesyen yang menggunakan namanya sendiri bernilai RM4.5 juta.

Sememangnya seorang yang mementingkan fesyen, Suri juga merupakan anak selebriti paling bergaya di Hollywood. Dia akan melancarkan koleksi pertama untuk kanak-kanak perempuan seusia dirinya pada musim luruh ini di rangkaian pasar raya seluruh New York. Jika ia sukses, jenama pakaian Suri itu akan dipasarkan di seluruh Amerika Utara pada tahun depan.

Satu sumber memberitahu Contactmusic: "Walaupun usianya (Suri) baru tujuh tahun tetapi minatnya terhadap fesyen sangat hebat. Dia telah melalui tahun yang amat sukar dan menyesuaikan diri dengan satu kehidupan baharu di New York, termasuk memulakan sesi persekolahan biasa."

Jenama yang dikenali sebagai Suri itu merangkumi gaun, baju, jean, kasut dan juga aksesori.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan