Selasa, 14 Mei 2013

Lelaki Ditahan Dalam Dakwaan Remaja Dirogol

Gambar Hiasan

SANDAKAN: Polis di sini menahan seorang lelaki berumur 19 tahun untuk membantu siasatan berhubung dakwaan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun telah dirogol.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Rowell Marong bagaimanapun berkata, pihaknya masih mengesan seorang wanita berumur 20 tahun bagi membantu siasatan kes itu.

Terdahulu itu, Rowell mengesahkan menerima laporan polis daripada mangsa yang juga pengadu dalam kes ini. Beliau berkata, menurut pengadu pada 10 Mei lepas, dia mengikut seorang rakan perempuannya balik ke rumahnya di Batu 6, Jalan Labuk di sini.

“Selepas minum minuman, pengadu menyatakan dia tidak sedarkan diri antara jam 6 petang dan 10 malam. Apabila sedar dia mengesyaki dirinya telah dirogol, lalu datang ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Pengadu kemudian dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan perubatan,” katanya dan menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan