Rabu, 15 Mei 2013

Wanita Buat Laporan Polis Selepas Terima Panggilan Video Adegan Lucah

Gambar Hiasan

KUCHING: Seorang wanita bergegas membuat laporan polis selepas berkali-kali menerima panggilan video yang menayangkan adegan lucah seorang lelaki bermain dengan kemaluannya semalam.

Mangsa yang berusia 26 tahun memberitahu bahawa panggilan tersebut dibuat oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya sejak pagi itu menyebabkan dia terpaksa melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis demi keselamatannya.

“Saya tidak kenal siapa dia (suspek) dan tidak tahu dari mana dia dapat nombor telefon bimbit saya. Dia tiba-tiba menghubungi saya dan terus menayangkan video tersebut. Saya risau jika dia terus mengganggu saya dan mungkin akan mengapa-apakan saya selepas ini,”katanya yang mengharapkan pihak polis mengambil tindakan segera terhadap suspek.

Menurutnya, nombor telefon bimbit suspek serta video tersebut telah dirakam olehnya sebagai bukti untuk membantu siasatan polis.

Mangsa yang berasal dari Tabuan Dayak itu kemudian dirujuk ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, di Balai Polis Sungai Maong untuk siasatan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan