Selasa, 14 Mei 2013

Lelaki Cedera Ditembak Di Hotel

Anggota Polis Forensik memeriksa kesan tembakan di tempat letak kenderaan Hotel Mutiara

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta Hotel Mutiara di Jalan Dato Sulaiman di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, mangsa yang berusia 43 tahun mengalami cedera parah di bahu kanan dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian mangsa sedang berjalan menuju ke kereta miliknya yang diletakkan di hotel lima bintang itu sebelum seorang lelaki melepaskan empat das tembakan ke arah mangsa dari jarak kira-kira 20 meter.

"Saya terdengar bunyi tembakan empat kali sebelum melihat seorang lelaki sedang berlari meninggalkan tempat letak kereta dengan membonceng sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki lain.

"Saya kemudian melihat mangsa yang sudah cedera berlari untuk menyelamatkan diri," kata saksi itu ketika ditemui di lokasi kejadian semalam. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan