Rabu, 8 Mei 2013

Kitar Semula Minyak Masak Terpakai Digalak

Bohari (dua kiri) pada sesi perjumpaan dengan syarikat terbabit, di Bintulu semalam

BINTULU: Lembaga Ke­majuan Bintulu (BDA) men­galu-alukan mana-mana pihak yang ingin men­jalankan kerja mengumpul minyak masak terpakai sama ada dari kediaman, kedai makan atau restoran dan perusahaan yang banyak menggunakan sisa minyak terpakai, kata Penolong Pengurus Besarnya Mo­hammad Bohari Kipli.

Katanya mana-mana syari­kat atau badan korporat yang ingin menjalankan kerja pen­gumpulan sisa minyak masak terpakai boleh berhubung terus dengan BDA bagi membincangkan mengenai prosedur serta operasi yang dijalankan bagi kerja-kerja mengutip minyak masak ter­pakai di setiap lokasi yang ditetapkan.

“Dalam pada itu, kami menyambut baik usaha mana-mana pihak yang ingin men­jalankan kerja-kerja pen­gumpulan sisa minyak masak terpakai bagi membolehkan bahan tersebut dikitar semula serta mengelakkan ia dibuang ke longkang atau lokasi yang tidak sepatutnya yang boleh mengakibatkan berlakunya pencemaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perjumpaan BDA dengan salah sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja mengutip minyak masak ter­pakai yang aktif di bahagian Miri di Bangunan Perbinda, petang semalam.

Menurutnya BDA men­yambut baik usaha syarikat terbabit yang menjalankan kerja-kerja mengutip minyak yang akan dikitar semula bagi menghasilkan pelbagai produk seperti lilin, sabun dan sebagainya bagi dipasar­kan semula ke pasaran tem­patan dan luar negara.

Katanya jika syarikat terba­bit mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta mendapatkan kelulusan daripada BDA serta agensi kerajaan berkaitan di sini, ini merupakan syari­kat pertama di bahagian ini yang menjalankan kerja-kerja mengutip minyak terpakai di sini.

“Justeru, saya berharap perjumpaan dengan syarikat Sekitar Bumi Hijau Sdn Bhd ini akan membuahkan kata sepakat serta menyelesaikan masalah pengurusan minyak masak terpakai di sini yang dibuang begitu sahaja tanpa dikitar semula,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan