Jumaat, 17 Mei 2013

Lelaki Melecur Pemetik Api Meletup Ketika Merokok


SIBU: Seorang lelaki melecur di bahagian muka dan dadanya akibat pemetik api yang tiba-tiba meletup semasa beliau sedang menyalakan rokok.

Kejadian itu berlaku pada jam 10.30 malam kelmarin semasa mangsa, 34, berketurunan Iban sedang memandu sebuah Land Cruiser pulang ke rumahnya di Pekan Song.

Nasib baik mangsa mampu memandu sampai ke rumahnya dan bergegas meminta isterinya untuk menghantarnya ke klinik.

Setelah dirawat mangsa yang mengalami kelecuran sebanyak empat peratus di bahagian muka, terpaksa menahan kesakitan di bibir yang mengelupas serta matanya kepedihan akibat percikan cecair gas pemetik api tersebut. Bahagian leher dan dada mangsa yang juga terkena percikan api turut melecur.

Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sibu pagi semalam untuk mendapat rawatan lanjut.

Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil namun ia tidak dapat dipastikan sama ada percikan cecair gas pemetik itu akan memberi kesan terhadap matanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan