Khamis, 9 Mei 2013

Suami Isteri Rayu Bantuan Cari Anak Hilang

Ayah Alex menunjukkan gambar anak sulungnya yang masih belum pulang sejak Jumaat lepas

KUCHING: Sepasang suami isteri membuat laporan polis selepas anak lelaki sulung mereka tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lepas.

Kejadian itu disedari oleh pasangan itu pada petang Jumaat lepas selepas anak sulung mereka yang dikenali sebagai Alex Tang Ming Loong, 16, tidak pulang ke rumah sejak jam 2.30 petang itu. Difahamkan, Alex ada pulang sekejap untuk mengambil beg pakaiannya di rumah namun keluar sejurus itu.

Apabila ibu bapanya men­ghubungi majikan anaknya di sebuah kedai membaiki pend­ingin hawa, mereka diberitahu oleh tauke kedai tersebut bahawa ada seorang wanita menghubungi anak mereka pada sebelah pagi hari berkenaan.

Menurut ayah Alex, dia tidak tahu anaknya mempunyai teman wanita yang tinggal tidak jauh dari kawasan rumah mereka di Lorong 2, Jalan Indah di sini.

Difahamkan, ibu bapa gadis berumur 16 tahun itu turut membuat laporan polis pada Isnin lalu kerana anak mereka juga menghilangkan diri diper­cayai lari bersama Alex pada hari yang sama.

Setahu ibu bapa Alex, anak sulung mereka itu merupakan seorang yang pendiam dan hanya keluar ke kedai kopi tidak jauh dari kediaman mereka semasa dia tidak bekerja.

Cubaan ibu bapanya untuk menghubungi Alex melalui telefon bimbitnya beberapa kali gagal.

Menurut ayahnya, Alex pernah mengalami kecederaan di kepal­anya dalam satu kemalangan jalan raya ketika dia masih berumur dua tahun. Beliau bimbang anaknya mengalami masalah ingatan menyebabkannya mungkin tid­ak tahu berfikir seperti orang biasa.

Alex mempunyai dua adik lelaki yang berumur 14 dan 12 tahun.

Sesiapa yang mempunyai mak­lumat mengenai di mana Alex berada diminta menghubungi telefon bimbit ibu bapanya menerusi talian 016-8548559 atau 016-8838559. Orang ramai juga boleh men­ghubungi Balai Polis Sentral menerusi talian 084-336144.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan