Jumaat, 17 Mei 2013

Minum Arak, Dua Pelajar Dakwa Dibelasah Teruk Empat Guru

Gambar Hiasan

KUCHING: Gara-gara ditangkap minum minuman keras di asrama, dua pelajar dibelasah teruk dipercayai oleh guru mereka di tepi jalan raya di Demak Laut dekat sini, pagi kelmarin.

Insiden tersebut difahamkan berlaku selepas kedua-dua pelajar tersebut dipaksa mengikuti empat lelaki yang dipercayai guru mereka sekitar jam 8.30 pagi.

Menurut seorang daripada pelajar tersebut, ketika tiba berdekatan Perumahan Kastam yang terletak di Jalan Demak, kedua-dua mereka telah disuruh keluar dari kereta.

“Selepas itu, kami berdua telah ditumbuk, ditampar, disepak menggunakan tangan dan kaki serta dipaksa baring di atas jalan raya sebelum mereka memijak perut kami,” katanya.

Kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 19 dan 21 tahun itu dikatakan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang menuntut di sebuah institusi kemahiran di situ berasal dari Kota Belud, Sabah.

Siasatan polis berhubung kejadian masih dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan