Sabtu, 11 Mei 2013

Mati Ditetak Ketika Tunggu Bas


JOHOR BAHRU – Hasrat seorang penyelia tukang cuci di sebuah syarikat di Singapura mahu bertugas seperti biasa tidak kesampaian apabila dia mati akibat ditetak di kepala dan beberapa bahagian badan lain berhampiran rumahnya di Taman Skudai Baru di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa T. Thulukanam (gambar kecil), 53, disahkan meninggal dunia selepas kira-kira sejam dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Anak mangsa, Parimala Dewi, 23, berkata, sebelum tragedi itu, ayahnya sedang menunggu bas seperti biasa di perhentian bas yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah untuk pergi bekerja di Singapura.

Bagaimanapun, difahamkan semasa menunggu bas itu, secara tiba-tiba tiga lelaki muncul dan terus menyerang mangsa menggunakan senjata tajam.

Parimala memberitahu, dia dan keluarga hanya mengetahui kejadian menimpa ayah apabila ayah pulang dalam keadaan berlumuran darah. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan