Jumaat, 17 Januari 2014

Empat Lelaki Didenda Kerana Gagal Kemuka Kad Pengenalan

Gambar Hiasan

MIRI: Empat lelaki dalam empat kes berasingan masing-masing didenda RM300 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan gagal mengemukakan kad pengenalan semasa pemeriksaan polis.

Wilfred Nissem David Kakak, 28, dari RPR Batu Kawa, Kuching; Henry Panyau George, 21 dari Kapit; Ningkan Baba, 27, dari Sarikei dan Elvister Enting, 21, dari Pakan, Julau masing-masing didakwa mengikut Seksyen 25 (1) (n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan dihukum di bawah Seksyen 25 (1) peraturan yang sama.

Mengikut kesalahan ini, kesemua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda tidak kurang dari RM3,000 dan tidak melebihi RM20,000, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan kes pertama dan kedua, Wilfred dan Henry telah ditangkap pada jam 5.05 petang, 29 Disember lalu di kawasan Pelita Tunku di sini setelah gagal mengemukakan kad pengenalan apabila diminta polis berbuat demikian untuk tujuan pemeriksaan.

Manakala Ningkan dan Elvister yang turut melakukan kesalahan sama telah ditangkap pada jam 7.25 malam, 29 Disember lalu di kawasan letak kenderaan di Permymall, Bandar Baru Permyjaya di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan