Selasa, 14 Januari 2014

Lima Warga Emas Ditangkap Terlibat Judi Holo


MIRI: Lima lelaki warga emas antara 10 yang ditangkap dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Bintang di sini malam kelmarin kerana disyaki terlibat dalam kegiatan judi haram jenis holo.

Menurut sumber bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis melakukan serbuan ke atas pusat hiburan itu kerana dipercayai ada kegiatan judi haram dianjurkan di situ.

Dalam serbuan dilakukan sekitar jam 11.30 malam, polis berjaya menangkap 10 individu termasuk lima warga emas terbabit yang berusia lingkungan 60-an kerana disyaki terlibat dalam kegiatan judi haram.

Dalam serbuan sama, polis turut merampas wang tunai dianggarkan berjumlah RM7,000 daripada semua suspek untuk dijadikan barang kes.

Semua suspek berusia lingkungan 30-an hingga 60-an kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk soal siasat lanjut.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas suspek terbabit.

Katanya semua suspek kini menjalani reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan