Khamis, 9 Januari 2014

Wanita Thai Menyorok Dalam Beg

Mongkolsermsak ditemui bersembunyi di bawah timbunan baju di dalam beg

NOGALES - UNITED STATES. Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup seorang wanita Thailand di dalam beg pakaian di sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico, dekat Arizona, semalam.

Jurucakap Kastam dan Perlindungan Sempadan berkata, Pornkamol Mongkolsermsak, 48, ditemui ketika pihaknya memeriksa kenderaan yang memasuki AS.

“Wanita dari Bangkok itu bersembunyi di bawah pakaian dalam beg besar diletakkan di bahagian belakang kenderaan yang dipandu lelaki dari Phoenix berusia 56 tahun,” katanya.

Menurutnya, laporan dipetik AP, Mongkolsermsak didakwa memasuki semula ke negara itu secara haram selepas dihantar pulang ke negara asal tahun lalu .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan