Khamis, 16 Januari 2014

Lelaki Tendang Kepala Wanita Cedera Dibelasah Orang Ramai

Suspek dibawa ke HUS untuk rawatan lanjut.

KUCHING: Seorang lelaki cedera akibat dibelasah selepas terdahulunya dikatakan menendang kepala seorang wanita serta mencederakan seorang lelaki dengan senjata tajam di sebuah pusat karaoke di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku di Matang Jaya di sini ketika lelaki berkenaan tiba-tiba menendang kepada seorang wanita yang sedang duduk bersama adik angkatnya sekitar jam 1 pagi.

Suami dan saudara kepada wanita berkenaan yang turut berada di tempat kejadian kemudian segera menyoal suspek berhubung tindakannya, namun sebaliknya turut dimarahi oleh suspek.

Ekoran itu, berlaku pergaduhan di antara mereka sebelum suspek bertindak mencederakan kepala suadara mangsa itu dengan senjata tajam.

Beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian kemudian segera mambantu mangsa selain turut membelasah suspek.

Suspek yang tercedera itu kemudian diserahkan kepada pihak polis dan telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat oleh mangsa dan siasatan polis masih dijalankan. - UTUSAN BORNEO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan