Sabtu, 11 Januari 2014

Putus Hujung Jari Terlekat Celah Eskalator

Gambar Hiasan

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki terputus hujung jari hantunya selepas jari tangan kanannya itu terlekat pada celah eskalator di se­buah pasar raya terkemuka di Kota Samarahan.

Menurut sumber, insiden berlaku ketika mangsa yang baharu berusia lima tahun berkunjung ke pasar raya tersebut bersama keluar­ganya sekitar jam 8 malam kelmarin.

Menurut sumber, semasa mangsa menaiki eskalator tersebut, dia dikatakan ter­masukkan jarinya ke dalam satu lubang pada tangga itu yang sedang bergerak menyebabkan jarinya me­lekat.

“Usaha keluarga mang­sa untuk menarik keluar jari tersebut tidak berjaya menyebabkan mereka ter­paksa menunggu bantuan daripada kakitangan pasar raya berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, hujung jari mangsa semasa berjaya ditarik keluar dikatakan terputus menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke Hos­pital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Mangsa sehingga berita ini ditulis semalam dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih menerima ra­watan di HUS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan