Rabu, 8 Januari 2014

Lelaki Ditemui Mati Di Dalam Bilik Mandi


KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di dalam bilik mandi di sebuah pangsapuri di Jalan Setia Raja, di sini awal pagi semalam.

Menurut sumber, mangsa Tony James Edward, 44, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam bilik mandi oleh beberapa rakannya sekitar jam 2 pagi.

Difahamkan, mangsa pada mulanya gagal dihubungi sejak tengah hari kelmarin menyebabkan rakan-rakannya yang risau akan keadaannya terpaksa pergi ke pangsapuri tersebut untuk memeriksa keadaan mangsa.

Setibanya mereka di pangsapuri berkenaan, rakan-rakan mangsa terpaksa memecah masuk ke dalam bilik mandi kerana ia dikunci dari dalam dan terkejut apabila melihat mangsa tidak lagi bernyawa di dalamnya.

Anggota paramedik yang tiba di tempat kejadian mengesahkan kematian mangsa.

Beberapa anggota polis dari balai polis berdekatan turut bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu.

Pemeriksaan awal pihak polis di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tujuan bedah siasat.

Kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan