Rabu, 8 Januari 2014

Meninggal Dunia Selepas Menahan Pencuri


KUCHING: Seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya meninggal dunia selepas berjaya menahan seorang pencuri petang kelmarin.

Mangsa, Ee Teck Khoon, 50, semasa kejadian dikatakan sedang bertugas di pasar raya tersebut yang terletak di Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, di sini iaitu sekitar jam 1.30 petang.

Difahamkan, mangsa telah melihat suspek memasukkan beberapa barang yang belum dibayar ke dalam saku seluarnya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kemudian terus bertindak mengejar suspek.

Suspek yang cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan di luar pasar raya tersebut dan telah dibawa masuk ke dalam pejabat mangsa untuk tujuan soal siasat.

Selang beberapa minit kemudian, mangsa dikatakan tiba-tiba pengsan menyebabkan rakan sekerjanya terpaksa menghubungi pihak ambulans untuk mengejarkan mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dipercayai akibat tekanan darah tinggi sebaik sahaja tiba di HUS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan