Jumaat, 10 Januari 2014

Lelaki Ditemui Mati Tergantung


BINTULU: Seorang lelaki berusia 48 tahun ditemui mati oleh anggota keluarganya, dipercayai menggantung diri di rumahnya di kuarters kerajaan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Madang Usat semasa dihubungi mengesahkan kejadian itu. Katanya mangsa yang merupakan penduduk tempatan meninggalkan seorang isteri dan beberapa anak.

Madang berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Difahamkan anak mangsa menjumpai bapanya tergantung pada kipas siling di ruang tamu rumah itu sekitar jam 2 petang semalam selepas balik dari sekolah. - UTUSAN BORNEO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan