Mangsa tiba di hospital dengan kepala dan badan berdarah
KUCHING: Seorang remaja enggan menerima rawatan walaupun jari kelingkingnya hampir putus dalam serangan yang didakwa berlaku pada malam sabtu lepas.
Lelaki berusia 19 tahun itu dikatakan telah berjalan di sepanjang Tebingan Kuching apabila sekumpulan enam orang mendekatinya dan memulakan pertelingkahan.
Mereka juga dipercayai menggunakan senjata dalam serangan itu dan telah menyebabkan kecederaan di kepala dan badan mangsa. Rakan mangsa yang mendengar kejadian itu pergi ke tempat kejadian dan membawa mangsa ke hospital.
Setelah mangsa dimasukkan ke wad, pegawai perubatan memberitahu bahawa dia perlu menjalani pembedahan untuk menjahit jarinya.
Mangsa bagaimanapun enggan jarinya dijahit dan melarikan diri dari wad. Motif serangan itu masih tidak jelas. - UTUSAN BORNEO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan