Isnin, 13 Januari 2014

Suspek Curi Bersenjatakan Pistol Lepas Lari


Polis memeriksa persekitaran tempat insiden

KUCHING: Seorang lelaki bersenjatakan pistol melarikan diri selepas memecah tingkap sebuah Toyota Hilux di kawasan Satok pagi tadi setelah digagalkan anggota polis ketika meronda.

Dalam insiden kira-kira jam 11 pagi, ketika suspek mengeluarkan pistol, dua kelopak peluru jenis P99 mengandungi 21 butir peluru hidup terjatuh.

Ketua Polis Kuching ACP Roslan Bek berkata seorang lagi suspek berjaya diberkas dan akan direman bagi membantu siasatan. - UTUSAN BORNEO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan