Isnin, 21 Mei 2012

Lagi tentang BERSIH 4.0

Majlis pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Kediaman Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini minggu ini.

Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini.

Pengerusi majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran 'Bersih 4.0' berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Menurutnya, dengan 'protes' tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga merasai sendiri 'nikmat' apabila keharmonian di sesuatu tempat itu dicemari.

"Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga.

"Pada Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini," katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini pagi tadi.

Perhimpunan yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari.

Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam.

Malah, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi berpotensi.


Peniaga sertai Bersih 4.0


KUALA LUMPUR – Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia Muda ( Perdasama Muda ) akan mengadakan perhimpunan khas selama dua hari dinamakan Bersih 4.0 di kawasan kediaman penganjur Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara di sini.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, bagi tujuan itu, seramai 60 peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) akan membuka gerai di kediaman Ambiga pada Khamis dan Jumaat ini.

“Penganjurannya bagi menunjukkan makna bersih yang sebenar dan ia bukan provokasi tetapi untuk menuntut keadilan bagi peniaga di Jalan TAR dan Masjid Jamek yang teraniaya.

“Peniaga-peniaga ingin menuntut hak mereka yang rugi besar akibat kekecohan yang tercetus semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Jalan TAR di sini semalam.


Katak Lutsinar - Centrolenidae



Katak kecil ini berasal Amerika Tropis begitu unik kerana ia memiliki kulit yang tembus cahaya iaitu lutsinar sehingga dapat melihat apa yang ada didalam badannya tanpa harus membedah. Beberapa organ seperti jantung, usus dan hati dapat terlihat sempurna jika dilihat dari bahagian bawah badannya. 




Ayat2 Cinta


Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Kucing oh kucing - Sphynx Cat

" Hello, I am a Sphynx Cat "



Sphynx adalah baka kucing yang cukup terkenal dari Kanada yang tidak berbulu. Kucing jenis ini adalah kucing yang mempunyai bulu yang sangat sedikit, paling banyak bulu halus pendek seluruh badan dan tiada mempunyai misai. Kulit kucing Sphynx adalah sebenarnya warna bulu mereka. 


Disebabkan penampilannya itu kucing ini memerlukan penjagaan yang rapi dari segi pembersihan, mandi, pemotongan kuku, pembersihan telinga, hidung, mata dan juga pemanasan seperti menyediakan selimut, kain atau sebagainya. 




Kucing ini suka dibelai dan akan merajuk jika penjaga tidak menghiraukannya. Kucing ini juga sesuai dibela oleh orang yang mengalami alahan dengan bulu kucing walaubagaimanapun air liur dan peluh kucing ini juga akan menyebabkan seseorang mengalami alahan, bergantung pada individu. 


Coretan : Eeee...takut ler nak pegang kucing ni. Macam mane ler nak belai dia ekk? Tapi, aper2 pun, kucing tetap adalah binatang yang paling comel...


Binatang2 yang Lutsinar di dunia

Ada banyak hal yang mengagumkan di dunia ini, salah satunya adalah binatang-binatang lutsinar yang ditemukan di dunia. Mungkin ada banyak lagi tetapi di sini mari kita lihat 10 binatang2 yang lutsinar.

1. Ikan Icefish Lutsinar


Ditemukan di kedalaman air di sekitar Antartika dan bahagian selatan Amerika Selatan, ikan icefish (Channichthyidae). Darah mereka lutsinar karena mereka tidak memiliki hemoglobin atau hanya tidak adanya eritrosit (sel darah merah).

Metabolisme mereka bergantung satu-satunya kepada oksigen yang dilarutkan dalam darah cair, yang diyakini diserap langsung melalui kulit dari air. Ini karena air dapat melarutkan zat asam arang pada umumnya pada titik terendah. Dalam lima spesies, gen untuk myolobin di dalam otot juga telah lenyap, menjadikan mereka memiliki jantung yang berwarna putih alih-alih pink. 


2. Ikan Berkepala Lutsinar


Ikan yang hidup di perairan laut dalam yang aneh ini disebut Barreleye (Macropinna microstoma) memiliki kepala yang lutsinar dan mata berbentuk tabung. 


3. Katak Transparan


Asli berasal dari Venezuela, katak gelas termasuk dalam keluarga amfibi Centrolenidae (ordo Anura). Di mana warna latar secara umum dari kebanyakan katak gelas terutama berwarna hijau limau, kulit perut dari beberapa anggota lutsinar, sehingga jantung, hati, dan saluran pencernaan dapat terlihat melalui kulit mereka yang tembus cahaya.


4. Kupu-kupu Transparan


Ditemukan di Amerika Tengah, dari Mexico hingga Panama, Kupu-kupu bersayap kaca (Greta oto) adalah kupu-kupu berkaki-sikat di mana sayapnya tembus cahaya. Jaringan di antara urat-urat sayapnya terlihat seperti kaca. 


5. Cumi-cumi Transparan


Ditemukan di samudera belahan bumi selatan, Cumi-cumi kaca (Teuthowenia pellucida) memiliki organ yang ringan di atas matanya dan memiliki kemampuan untuk melingkar menjadi bola, seolah-olah landak yang hidup di air. Cumi-cumi ini merupakan mangsa dari banyak ikan laut-dalam (seperti hiu goblin) dan juga paus dan burung-burung laut.


6. Ikan Zebra Lutsinar


Ikan zebra lutsinar ini hasil kreativiti para sainstis di tahun 2008 dengan tujuan agar mereka dapat mempelajari proses penyakit, termasuk penyebaran kanser. Ikan transparan ini memudahkan mereka untuk melihat organ dalam ikan dan meneliti proses-proses seperti pertumbuhan tumor.


7. Amphipod Lutsinar


Dinamakan Phronima, haiwan yang ditemukan di pegunungan laut dalam di Atlantik Utara. Dalam strategi ironis untuk bertahan hidup, makhluk seperti udang kecil ini, menunjukkan segala sesuatu yang dipunyai, dalam dan luar, dalam sebuah usaha untuk menghilang.


8. Udang Larva Lutsinar

Anemone shrimp


Ditemukan di perairan sekitar Hawaii, larva udang lutsinar ini menumpang di atas obor-obor yang sama lutsinar.


9. Salpa Lutsinar


Haiwan mirip  obor-obor  ini dikenal sebagai Salpa memakan tumbuhan kecil di air yang dikenal sebagai fitoplankton (marine algae). Mereka lutsinar, berbentuk tabung yang berkisar antara satu hingga sepuluh sentimeter dalam ukuran. 


10. Ubur-ubur Transparan


Obor-obor  merupakan filum Cnidaria yang berenang bebas. Mereka ditemukan di setiap lautan, dari permukaan hingga laut dalam. Banyak  obor-obor lutsinar sehingga mereka hampir tidak dapat dilihat. 


Ini membuktikan betapa ciptaan Allah s.w.t yang sangat luar biasa... Terdapat banyak lagi binatang2 yang lutsinar. Layanzzzz


Juvenile Cowfish di Hawaii

Larval Leaf Scorpionfish di Hawaii

Larval Flounder di Hawaii

Hydromedusa di Antartika

Sotong lutsinar

Beberapa lagi sotong lutsinar

Pelagic Octopus

Sotong lutsinar dengan cahaya merah dan ungu 

Gnathophausia zoea

Amphipod Hyperia Galba

Dryodora Glandiformis

Hydromedusan Jellyfish

Comb Jelly di Antartika 

Obor-obor lutsinar dengan isi oren di Antartika 

Obor-obor bulan (Moon Jellyfish)

Jelly Larva di Antartika 

Antarctic Krill 

Bristleworm di Antartika 

Zooplankton di Antartika 

Sea Butterfly Snail 



Ahad, 20 Mei 2012

Ayat2 Cinta


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Pertahankan hubungan cinta itu selagi kamu masih menyayanginya.



Lamprey, Parasit yang menakutkan


Ikan seakan-akan pacat ini dipanggil Lamprey atau nama saintifik Petromyzon marinus. Lamprey merupakan parasit yang hidup di air. Haiwan ini menggunakan mulutnya yang unik dan bergigi untuk menghisap darah ikan atau haiwan lain yang menjadi mangsanya. Lamprey terkenal di Pantai Rantau Lautan Atlantik. Hidupan ini juga turut ditemui di pantai timur Amerika Syarikat dan Kanada. 




Ikan Lamprey ni juga memakan daging ikan sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati. Mulutnya boleh dibuka sampai jadi bulat. Lamprey boleh makan dari bahagian luar atau masuk ke dalam bahagian perut ikan dan sedut organ dalaman mangsanya. Ini akan menyebabkan ikan yang menjadi mangsa akan luka dan belubang di bahagian perut. Ikan kecil boleh mati serta-merta dari serangan atau akan mati akibat jangkitan dari luka yang terlalu besar.





Haiwan parasit ini hidup di air tawar walaupun ada beberapa spesis yang hidup di laut. Saiznya dalam lebih kurang 12-20 inci panjang dan seperti belut. Warna badannya coklat tua belakang hitam dan cahaya kuning ke perut coklat pucat. Mulut mereka bulat dengan baris bulat gigi. Mereka mempunyai mata kemerahan besar. 


Coretan : Jadi, lepas ni berhati - hatilah ketika berenang di laut atau di sungai...