Khamis, 22 November 2012

Cedera Di Pukul Perompak

Pegawai polis mengumpul bahan bukti di lokasi

KUCHING: Seorang penyelia kedai serbaneka 24 jam dikhuatiri retak pada tengkoraknya akibat dipukul menggunakan objek keras oleh lima perompak awal pagi tadi.

Wanita berumur 24 tahun itu terdahulunya telah dimaklumkan oleh dua pekerjanya mereka telah dirompak lima lelaki tidak dikenali sekitar jam 4.00 pagi.

Bertindak atas maklumat tersebut mangsa yang berasal dari Kota Samarahan bergegas ke premis tersebut yang terletak di Jalan Song.

Sejurus tiba sekitar jam 4.30 pagi, mangsa yang pada mulanya hanya melihat seorang sahaja perompak berada di dalam premis tersebut telah bertindak meluru masuk dan cuba menahan perompak tersebut.

Menyedari kehadiran mangsa, empat lagi suspek kemudian terus masuk ke dalam premis tersebut dan mengheret mangsa keluar lalu membelasahnya.

Melihat keadaan mangsa yang parah, kelima-lima suspek telah meninggalkan mangsa dalam keadaan berlumuran darah di luar premis tersebut.

Polis tiba di lokasi sejurus menerima maklumat berhubung kejadian.


save gaza 1 Banner


Tiada ulasan:

Catat Ulasan