KINABATANGAN: Seorang pekerja ladang maut manakala tiga lagi cedera selepas dipanah petir di Ladang Sabaco, lebih kurang dua jam perjalanan dari Pekan Kota Kinabatangan pada petang Khamis.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Martin Lugu berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Ramson Sitorus berumur 28 tahun.
Tiga lagi yang cedera dikenali sebagai Petrus Jailan, 21, Petros Lopo, 22, dan seorang lagi Nimrot Sae berumur 20 tahun, katanya.
Beliau berkata, ketiga-tiga yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Kinabatangan untuk menerima rawatan.
Mangsa yang meninggal dunia juga dihantar ke hospital yang sama untuk dibedah siasat, tambahnya.
Martin berkata, keempat-empat mangsa terbabit sedang dalam perjalanan balik dari tempat kerja kira-kira jam 1 petang sewaktu cuaca hujan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan