Isnin, 26 November 2012

Tayangan Filem Hobbit

McKellen melakonkan watak Gandalf dalam filem arahan terbaharu Jackson itu

WELLINGTON, New Zealand - Kira-kira 100,000 orang dijangka berada di jalan raya dekat sebuah pawagam di sini yang menayangkan filem epik The Hobbit: An Unexpected Journey arahan Peter Jackson pada Rabu ini.

Demam filem tersebut di New Zealand direalisasikan dengan ukiran gergasi watak-watak dalam filem itu antaranya ialah ahli sihir Gandalf di atas bangunan pawagam Embassy.

Epik itu mengisahkan watak Bilbo Baggins yang dilakonkan Martin Freeman untuk mencari kerajaan Erebor. Filem tersebut akan menemui penonton di seluruh dunia pada bulan depan.

Sebelum ini Jackson yang berasal dari New Zealand pernah mengarahkan filem The Lord of the Rings.

Akhbar The National Business Review menganggarkan kekayaan peribadi Jackson sebanyak AS$400 juta (RM1.2 bilion). - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan