Jumaat, 23 November 2012

Polis Minta Orang Ramai Cam Mayat Wanita


KOTA KINABALU: Pihak polis meminta orang ramai yang kehilangan saudara mara mereka untuk tampil ke Balai Polis Penampang bagi mengenal pasti mayat seorang wanita.

Mayat wanita itu ditemui pada 17 September dalam keadaan bogel di Sungai Moyog, Kampung Kodundung di sepanjang Jalan Terawih Penampang.

Ketua Polis Daerah, DSP Ratan Kumar Singh berkata mangsa yang berusia 20an itu ditemui kira-kira jam 10 pagi terikat pada dahan pokok dengan luka di badan.

Beliau berkata, sehingga kini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada laporan tentang kehilangan orang dilaporkan.

Mangsa yang dipercayai telah mati sejak tiga hingga empat hari lalu itu ditemui oleh penduduk kampung ketika memasang pukat sekitar jam 10 pagi, 17 September.

Mayat mangsa juga dipercayai telah hanyut dari satu tempat ke tempat yang lain di Kg Kodundung sebelum ia ditemui terikat pada dahan pokok.

Singh menggesa sesiapa sahaja yang telah kehilangan saudara mereka untuk datang terus ke Pejabat Polis Penampang atau menghubungi talian 088-712 222.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan