Khamis, 22 November 2012

Pertandingan Menghias Kek Log Krismas


MIRI: Bintang Megamall Miri akan menganjurkan Pertandingan Menghias Kek Log Krismas sempena perayaan Krismas yang bakal menjelang dan minggu Beli Barangan Malaysia, pada Ahad (25 November) ini.

Pertandingan berkenaan akan berlangsung di pekarangan Bintang Megamall bermula jam 1 petang. Penyertaan terbuka kepada 10 peserta berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat dan terbuka kepada mereka yang berusia 12 tahun hingga 18 tahun.

Menurut Eksekutif Acara Bintang Megamall Miri Allen Wong, pendaftaran akan dibuka pada hari berkenaan iaitu sejam sebelum bermulanya pertandingan.

Pihak penganjur akan menyediakan kek bersaiz 12 inci x 3 ½ inci dan para peserta dikehendaki membawa sendiri bahan hiasan kek mengikut cita rasa seperti mentega dan icing.

Pembahagian markah adalah berdasarkan kreatif iaitu 50 peratus, teknikal (10 peratus), kebersihan meja dan diri (30 peratus) dan kawalan masa yang diberikan (10 peratus).

Penganjur berhak menentukan terma dan syarat bagi pertandingan tersebut termasuk menolak penyertaan peserta dan mengubah sebarang penyertaan yang berkaitan pertandingan tanpa notis.

Pelbagai hadiah menarik turut menanti para pemenang.

Bagi keterangan lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi bahagian pengurusan Bintang Megamall Miri di talian 085-438877.


save gaza 3 Banner


Tiada ulasan:

Catat Ulasan