Isnin, 26 November 2012

Sejuta Pengikut

Bipasha Basu

NAMA Bipasha Basu kini sebaris selebriti popular dunia yang memperoleh lebih sejuta orang pengikut di laman sosial Twitter. Heroin filem Raaz itu memperoleh angka itu pada minggu lalu.

Bipasha yang mengesahkan mengenai kejayaannya mengumpul sejumlah sejuta orang pengikut itu begitu teruja dengan kejayaan tersebut.

"Terima kasih semua atas kasih sayang anda. Mendapat pengikut seramai satu juta pengikut membuatkan saya berasa seperti begitu disayangi dan direstui," ujar Bipasha menerusi akaun Twitternya.

Dia yang sehingga kini berjaya mengumpul lebih sejuta pengikut sudah boleh berdiri sebaris bintang terkemuka Bollywood yang lain termasuklah Shah Rukh Khan yang mempunyai 3.1 juta pengikut Twitter, Salman Khan (2.9 juta), Priyanka Chopra (3.1 juta), Hrithik Roshan (2.5 juta) dan Amitabh Bachchan (3.9 juta).

Amitabh Bachchan - 3.9 juta

Shah Rukh Khan - 3.1 juta

Priyanka Chopra - 3.1 juta

Salman Khan - 2.9 juta

Hrithik Roshan - 2.5 juta


Tiada ulasan:

Catat Ulasan