MIRI: Empat warga asing yang ditangkap kerana disyaki melakukan beberapa kesalahan di bawah Akta Imigresen diperintahkan Mahkamah Majistret semalam supaya direman dua hari untuk membantu siasatan lanjut.
Perintah itu dikeluarkan Majistret Lovely Natasha Charles setelah membenarkan permohonan reman yang dikemukakan pegawai mereman daripada Jabatan Imigresen Malaysia, Miri.
Menurut keterangan pegawai mereman terbabit, keempat-empat suspek yang berasal dari Indonesia telah ditangkap sekitar jam 6.30 petang, 13 November lalu oleh sepasukan pegawai imigresen yang menjalankan Ops Kutip di Simpang Ngu, Batu Niah.
Tangkapan ke atas mereka dibuat mengikut Seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana disyaki melakukkan beberapa kesalahan di bawah akta yang sama.
Sebaik ditangkap, mereka kemudian dibawa ke Depot Imigresen Malaysia, Bekenu untuk disoal siasat lanjut.
Tempoh reman ke atas kesemua suspek akan tamat pada 28 November ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan