Sabtu, 24 November 2012

Pesta Buah-buahan Bekenu


MIRI: Seramai 2,000 pengunjung dijangka membanjiri Pekan Bekenu pada 24 dan 25 November ini sempena Pesta Buah-buahan 2012 anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sibuti dan Majlis Daerah Subis.

Menurut pengerusi penganjur program Kaunselor Anuar Ahmad, setakat ini sebanyak 80 gerai telah mengesahkan penyertaan pada program berkenaan.

“Bukan setakat gerai buah-buahan, kita juga akan ada pelbagai gerai termasuk makanan, kuih-muih dan sebagainya,” jelasnya.

Selain itu, pertandingan gerai terbaik, masakan berasaskan buah-buahan, gubahan buah-buahan dan cabutan bertuah akan turut diadakan.

“Malah kita turut ada menyediakan buah-buahan percuma kepada pengunjung sempena majlis pelancaran pada hari Sabtu, 24 November ini,” ujarnya.

Majlis tersebut, katanya, adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk memakan buah-buahan tempatan.

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai dijangka merasmikan program berkenaan pada jam 8 pagi 24 November di Gelanggang Bola Keranjang Bekenu.


2 ulasan: