Selasa, 27 November 2012

iPhone 5 Jadi Buruan 85 Bloger



Entri yang berkaitan


Siapa yang tak nak iPhone 5? Mustahil tak ada yang tak nak iPhone 5 lebih2 lagi jika di berikan secara percuma. Percuma? Mana ada orang nak bagi iPhone 5 ni secara percuma lah. Hehehe… 

contest iphone5 300x250 Banner

Tapi kalau ikut contest yang di anjurkan oleh Denaihati.Com ni, sesiapa saja akan berpeluang untuk mendapatkan iPhone 5 asalkan rajin berusaha. Siapa tak ikut contest ni tentu menyesal. 

Nak join ker? Nampaknya tak der rezeki ler kepada sesiapa yang nak join lagi kerana penyertaan untuk contest ini telah pun di tutup pada 06 November 2012 yang lalu. Hanya 85 bloger yang bertuah dan terpilih saja yang layak bersaing dalam contest iPhone 5 Gadget Impian ini termasuklah aku. Hehehe...

Senarai 85 bloger yang terpilih

Cabaran2 yang harus di tempuhi oleh rakan2 bloger sebelum melayakkan diri untuk mendapatkan iPhone 5 impian.

1. Cabaran G +1

Perlu mengumpulkan sebanyak mungkin klik G +1 untuk entri penyertaan. 


2. Cabaran SEO

Tempatkan blog antara top 10 di Google.com dengan keywords "iPhone 5 Gadget Impian"


Tarikh Tutup Cabaran

Pada 24 Disember 2012 jam 11.59 pm


Kepada semua rakan2 bloger yang terpilih dan layak bersaing dalam contest iPhone 5 Gadget Impian diucapkan selamat berusaha dan semoga berjaya buat kita semua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan