Selasa, 27 November 2012

Dibebas Dengan Bon Berkelakuan Baik


MIRI: Seorang gadis diperintahkan Mahkamah Majistret pagi semalam supaya dibebas dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan ibunya sebagai penjamin kerana kesalahan mencuri dua helai seluar jeans kepunyaan majikan tempatnya bekerja.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Lovely Natasha Charles setelah menimbangkan beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan pesalah muda terbabit, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Pesalah berrumur 18 tahun dari Taman Tunku di sini telah didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh yang bekerja sebagai jurujual di Hing Yiap Bum Kid Grand Supermart didapati telah mencuri dua helai seluar jenama Jean Article bernilai RM159.80.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7.15 malam, 3 November lalu di dalam stor pakaian Tingkat 2 Grand Supermant Merdeka Mall, Jalan Airpot di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan