Suryani
SUNGAI PETANI - Kes seorang pembantu rumah warga Indonesia yang cedera akibat didera majikannya memasuki episod baharu apabila seorang pengusaha salun didakwa atas kesalahan itu di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Bagaimanapun, Khor Chia Lin, 29, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abdidin. Chia Lin merupakan anak perempuan majikan kepada amah yang dikenali sebagai Suryani, 24.
Chia Lin didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Suryani dengan menggunakan batang mop di rumahnya di No. 22, Taman Patani Indah, di sini pada pukul 11 pagi, 23 November lalu.
Dakwaan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Intan Nurul Farena kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anida Mohd. Nasir dan peguam bela, Loo Yook Khin. Beliau turut menetapkan 2 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Tertuduh membayar wang itu.
Yook Khin memberitahu, ibu tertuduh yang ditahan bersama anak guamnya sebelum ini telah dibebaskan selepas didapati tidak terlibat.
Sementara itu, Pemangku Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Sofiana Mufidah yang turut menyaksikan prosiding itu berpuas hati dengan siasatan dan proses pendakwaan.
Katanya, dia berterima kasih kepada media kerana memaparkan berita berhubung kes penderaan pembantu rumah Indonesia.
Suryani dari Jakarta, melarikan diri dari rumah majikannya Ahad lepas selepas tidak tahan didera hingga cedera teruk di muka dan badan.
hello Nana selamat pagi,
BalasPadamkesian pengasuh ni, sudahlah susah-susah cari makan di negeri orang didera pula sedemikian rupa, semoga dia tabah menghadapi dugaan ini.
Tuhan akan membalas orang yang tidak berperikemanusiaan.
betul tu donnyien...
Padamharaplah jangan perkara mcm ni blaku lagi...