Isnin, 27 Ogos 2012

Bas Dan Kereta Terbalik Akibat Taufan Tembin

Sebuah bas terbalik di sebatang jalan raya di daerah Pingtung, selatan Taiwan

TAIPEI - Beberapa buah bas dan kenderaan terbalik ekoran angin kencang yang dibawa taufan Tembin di sebatang jalan raya di daerah Pingtung, selatan Taiwan.

Taufan itu menyebabkan sejumlah pokok tumbang, bumbung rumah ditiup angin dan ribuan penduduk dipindahkan.

Setakat ini tiada angka kecederaan dan kematian didedahkan pihak berkuasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan