Ahad, 26 Ogos 2012

Haiwan Jilat Ais Untuk Sejukkan Badan

Seketul ais dijilat seekor lemur

ROM, Itali - Haiwan-haiwan di Zoo Bioparco di sini diberikan ais pelbagai perisa untuk dijilat bagi menyejukkan badan semasa cuaca terlalu panas.

Beberapa ekor harimau dan singa diberikan ais pelbagai perisa itu manakala monyet mendapat buah-buahan dan tembikai sejuk.

Menurut seorang kakitangan zoo dalam satu kenyataan kelmarin, para pekerja berusaha untuk membantu 1,000 ekor haiwan untuk menghadapi cuaca panas kerana suhu meningkat hampir 40 darjah Celsius.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan