Isnin, 27 Ogos 2012

Lelaki Maut Nahas Di George Town

GEORGE TOWN - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah bas henti-henti di Jalan Paya Terubong, Air Itam di sini hari ini.

Dalam kejadian 7 pagi itu, kenderaan yang dipandu Yong Kean Aik, 34, tersasar sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh sebuah bas.

Mangsa yang parah di bahagian muka dan patah kedua belah kaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu bas hanya cedera ringan.

Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya mayat lelaki terbabit dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat. -BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan