Isnin, 27 Ogos 2012

Murid Lemas Ketika Berakit Ditemui


KOTA BAHARU - Mayat seorang murid yang dilaporkan lemas ketika bermain rakit bersama empat rakannya di Sungai Lebir, Kuala Krai semalam, dijumpai tidak jauh dari tempat kejadian petang ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Ab Rahman Jaafar berkata mayat Mohd Ikram Zainuddin, 12, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra I, Kuala Krai dijumpai di dalam sungai tersebut pada pukul 4.25 petang oleh pasukan penyelamat yang menlancarkan gerakan mencari sejak semalam.

"Mayat dijumpai dalam keadaan terapung kira-kira 20 meter dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh di sungai itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.30 petang semalam, mangsa dikatakan gagal menyelamat diri apabila rakit yang dinaiki bersama rakan-rakannya terbalik dan dibawa arus sungai, berhampiran rumahnya di Kampung Tualang.

"Bagaimanapun, keempat-empat rakannya yang berumur sebaya dengannya berjaya menyelamatkan diri,” kata Ab Rahman.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan