Isnin, 20 Ogos 2012

Wanita Terkejut Lihat Cermin Belakang Keretanya Dipecahkan


SIBU: Seorang wanita terkejut apabila melihat cermin belakang keretanya telah dipecahkan dipercayai angkara perbuatan khianat.

Menurut pengadu yang merupakan seorang kakitangan di Hospital Sibu berumur dalam lingkungan 50-an, kejadian itu berlaku semasa mereka sekeluarga sedang tidur pada malam kelmarin.

Katanya dia telah meletakkan kereta Proton Saga FL miliknya di tempat parkir di hadapan rumahnya di Lorong 5C Sibu Jaya sejak jam 5.00 petang itu.

Bagaimanapun dia keluar bersama dua orang rakan untuk pergi ke sebuah kedai kopi di Pusat Komersil Sibu Jaya pada jam 8.30 malam kelmarin.

Apabila dia pulang ke rumah pada 11.00 malam, dia mendapati kereta masih seperti biasa.

Dia percaya bahawa pengkhianat berkenaan memanjat pagar rumahnya sebelum memecah cermin belakang keretanya.

Menurutnya dia tidak mempunyai sebarang musuh dan masih hairan mengapa keretanya dijadikan sasaran.

Pengadu telah membuat laporan polis pagi semalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan