Muka depan akhbar menyiarkan liputan tentang gambar bogel Putera Harry di London
LONDON - Keluarga diraja Britain kelmarin meminta akhbar-akhbar tempatan negara ini agar tidak menyiarkan gambar bogel Putera Harry bersama rakannya di Las Vegas. Harry merupakan cucu pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II.
Beberapa gambar yang disiarkan sebuah portal hiburan dari Amerika Syarikat, TMZ.com menunjukkan pewaris ketiga takhta Britain itu berada dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel dengan seorang rakan wanitanya.
Seorang jurucakap istana kemudian mengesahkan keluarga diraja Britain itu menghubungi Suruhanjaya Aduan Akhbar bagi meminta supaya akhbar-akhbar di sini tidak menyiarkan gambar itu kerana ia melanggar privasi.
Laman TMZ.com melaporkan, dua gambar bogel Harry itu dirakamkan di sebuah bilik persendirian di Wynn Resort, Las Vegas selepas satu permainan biliard pada hujung minggu lalu.
Rumah Clarence yang merupakan kediaman bapa Harry, Putera Charles kelmarin mengesahkan imej itu tulen.
Sementara itu, akhbar-akhbar di negara itu semalam mematuhi permintaan istana. Satu sumber istana memberitahu, Harry melakukan perbuatan tidak senonoh itu sebelum dia memasuki fasa seterusnya dalam kerjaya ketenteraan. Harry, 27, berada di Las Vegas selepas menganjurkan sebuah majlis amal di San Diego.
Dia pernah membangkitkan kemarahan pada tahun 2005 apabila beberapa gambarnya yang muncul di akhbar menunjukkan dia menghadiri parti dengan memakai lilitan lengan yang mempamerkan lambang Nazi, swastika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan