Mayat Bagas diangkat ke dalam kenderaan polis di jeti Tanjung Ensurai
SIBU: Mayat seorang remaja yang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai di Tanjung Ensurai dekat sini telah ditemui orang awam.
Mangsa, Bagas Prastyo, 17, dijumpai terapung oleh orang awam tidak jauh dari sebuah kilang papan di Tanjung Ensurai di sini.
Sumber polis berkata, Bagas dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika mandi di sebuah kapal tunda yang berlabuh di situ pada jam 4.30 petang.
Polis Marin yang dimaklumkan tentang penemuan mayat kemudian bergegas ke lokasi penemuan menggunakan bot laju sebelum membawa mayat remaja itu ke Hospital Sibu pada jam 10.30 pagi.
Mangsa yang berasal dari Semarang, Indonesia telah bekerja di kilang papan di situ sejak sembilan bulan lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan