Ahad, 26 Ogos 2012

Lelaki Disyaki Bakar Teman Wanita Ditahan



KUALA LUMPUR — Polis hari ini menahan lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju pada awal pagi 13 Ogos lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu ditahan awal pagi ini di sebuah rumah panjang di Setapak Jaya.

"Suspek ditahan bersama seorang wanita,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas. Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan reman lima hari bermula hari ini.

Polis sebelum ini memburu Mohd. Amir Mohd. Anuar, 18, dari Taman Keramat bagi membantu siasatan kes tersebut.

Dalam kejadian itu, teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dipercayai menyimbah petrol ke tubuh gadis berkenaan sebelum membakarnya, menyebabkan mangsa terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan