Mohd. Raffie melihat kembali laporan Kosmo! mengenai nasib malangnya
KUALA LUMPUR - Tiada yang lebih menggembirakan hati umat Islam pada Hari Raya Aidilfitri selain memakai baju baru dan berkunjung ke rumah sanak saudara.
Namun kegembiraan seperti itu bagaikan sudah berlalu bagi mangsa simbahan asid, Mohd. Raffie Abdul Latiff, 29.
Dia terpaksa menerima hakikat kesempurnaan fizikal yang dimilikinya dahulu telah diragut sekelip mata selepas wajahnya melecur teruk akibat disimbah asid dalam satu kejadian pada 8 Ogos tahun lalu.
Menurutnya, biarpun sudah genap setahun kejadian malang itu, kedatangan Syawa dirasakan hambar kerana dia masih trauma dengan peristiwa hitam itu.
"Tiada istilah hari raya bagi saya. Sambutan Aidilfitri saya tidak seceria seperti tahun-tahun sebelum ini.
"Begitupun, saya bersyukur kerana masih hidup dan berpeluang berhari raya bersama keluarga. Tahun lalu saya cuma beraya di katil hospital," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan